Di sebuah
gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey,
tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun
Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para
pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba
menyelongkar.
Pihak-pihak CIA telah
menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ untuk mengambil gambar objek
yang terdampar di puncak gunung itu. Gambar-gambar itu telah menjadi
‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dengan kawalan yang ketat bersama
dengan ‘rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah
beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud ‘Gunung
Kesengsaraan’atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya
beberapa kerat saja yang berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya
hanyalah menjadi korban.
Sehingga ke hari ini, cuma ada
beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mount Ararat
dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak
peninggalan purba yang ‘maha berharga’ itu.
Ada sesetengah pendaki dapat
mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang yang
berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai bencana.
Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya
semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah
mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri.
Soalnya sekarang, mengapakah
‘kuasa-kuasa besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan
menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mahu
mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar-benar ada di puncak Mount
Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu
sebenarnya adalah The Great Noah Ark!
Pyramid Sphinx di Giza sendiri
pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum
dijumpai kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah
Ark . Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama
5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya,
zaman Nabi Noah dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan.
Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains
mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja, para
pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan
artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.
Mengikut kiraan ahli anstronomi
secara berkomputer, Noah mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan
hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu
sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada di dunia
sekarang.
Mengikut para pendaki yang
pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mount Ararat itu, Noah Ark memang
sebuah bahtera besar yang cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat daripada
spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia
diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat
berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit
X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu
kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh
orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna
panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45
kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji
berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola.
Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang.
Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia
memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan
dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ni terdapat lebih kurang
1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian
Dr.Whitcomb, dianggarkan kira-kira 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis
itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great
Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300
tan.
The Great Noah Ark ini berada di Mount Ararat, tapi dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?
Mengikut seorang pengkaji ‘Noah
Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak,
iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di
selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya
telah ditolak arus sejauh 520 batu.
Mount Ararat ini bukan sebarang
gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan
yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul
pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mount Ararat ini ialah salah
satu gunung yg mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah
gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian
dengan kemuncak dipanggil Ararat
Besar dengan ketinggian 16,984
kaki. Bersententangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil
Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yang
menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,
Iran,Turkey”. Kedudukan Mount Ararat yang sememangnya strategik itu
telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa
dahulu.
Kalau kita tengok CNN hari ni
pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak
Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan
dasar Mount Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat.Garispusat
kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal
kira2 200 kaki. Ketulan-kutulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap
langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS
dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yang besar telah ditemui di
Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh
‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mount Ararat. Sebuah ‘batu nisan’
yang didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mount Lebanon di
Syria.
Batu nisan itu berukuran 120
kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah
menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari
jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great
Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu
bulan utk sampai ke puncak Mount Ararat itu.
Segala penat lelah mereka
berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam
keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu.
Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati
‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki
tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]. Hasil dari
siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun
sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik
Komunist (1917) meletus.
Laporan itu akhirnya jatuh ke
tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum
diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau
dimusnahkan…
PERHATIAN:- Jika
anda rasa kandungan ini patut disebarkan ke laman facebook dan twitter
anda,sila klik butang kongsi di bawah ini. Apabila anda sebarkan
kandungan ini anda dianggap sebagai pendakwah. Sesungguhnya seorang
pendakwah itu akan mendapat ganjaran dari Ilahi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan