Biodata Tok Kenali (1868 - 1933)
Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tok Kenali )
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 –
1933) ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun
pemikiran umat Islam di dunia sebelah
sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim Rabbani yang dalam
hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi
Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga sebagai seorang yang
memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali keramat dan mendapat
ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa
belajar).
Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi seseorang yang
mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki “sejarah
kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui nama Tuk
kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah merupakan
seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi
pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat di Alam
Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah
“Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu
kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara
lain yang sedang bersemarak di masa ini.
Sesuatu perkara yang
menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan Tuk kenali
adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari ajaran-ajaran
Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang pembangun dan
pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan dalam acara
mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab suci Al-Quran
dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman silam. Melihat
kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya hampir-hampir
sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M), seorang
pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab Al-Quran
sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara melyeluruh
menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama, ilmu
pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara kebetulan
di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa beliau melawat
ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.
Kelahiran Tok Kenali
Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu,
Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof
(pernah disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan
Sultan Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad,
manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan
bercita-cita tinggi dan murni.
Latar Belakangnya
Muhammad
Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah
membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang
petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya
adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.
Sebelum melanjutkan
pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar pada
datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran membaca
kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia
menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan
tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran
Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.
Isterinya
ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu
Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok
Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar
Tok Guru.
Perlu disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang
lebai, warak, mempunyai sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan
hidup, seorang yang mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan
agama dan gemar berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.
Bapanya meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau
dilantik di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya
kurang terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan
tirinya, Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya
termasuk pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan.
Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa
akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat.
Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru
Sewaktu berusia
antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah mengambil
langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat pertama yang
ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat beberapa orang
guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh ceruk Negeri
Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar masjid besar ini,
dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama) penuntut.
Dalam
masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail
(ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, Kelantan, Dato' Nik Mahmud)
Beliau belajar bersama-sama Encik Idris yang kemudiannya menjadi “Mufti
Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau berguru kepada Tuan Guru Hj.
Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab.
Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota
Bharu.
Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai
seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk
melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang
umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk
meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang
kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di
Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.
Pulang ke Tanah Air
Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22
tahun di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu
ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka
pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat
pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi
guru di masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi
pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di
Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
Murid-murid dari seluruh
kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak berderet-deret di
sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan Kubang Pasu. Selain
itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar dari luar negeri
datang yang menceduk pengetahuan agama daripada guru-guru yang terkenal .
Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar pada Tuan Guru Hj. Nik
Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya berjawatan “Mufti
kelantan) dan lain-lain.
Memandang hak-hak kemasyarakatan di
kampung sendiri perlu pula dititik beratkan, maka Tuk kenali terpaksa
pula menetap di kampungnya sendiri iaitu sesudah lima tahun mengajar di
Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu pondok kenali kembali bersemarak
sehingga namanya termasyur ke serata ceruk rantau Semenanjung ini, malah
sampai ke Indonesia (terutama Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain.
Jumlah pelajar-pelajar yang menetap di asrama (Pondok) meningkat 400
orang suatu jumlah yang besar dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala
itu.
Dalam menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa
buah kitab pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu
pengajian Bahasa dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam
berbagai-bagai peringkat pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil
peranan dalam mengembangkan pengetahuan Bahasa Arab, manakala
pelajaran-pelajaran lain diperkembangkannya selaras dengan
kehendak-kehendak masyarakat dewasa itu. Murid-murid beliau yang telah
matang dalam pengajiannya dilantiknya menjadi kepala telaah (guru
Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama dalam tulisan jawi diajarkan
juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang kampung. Menerusi
pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah lahirnya
cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai suatu
cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang sedang
ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa mengajar
itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada kitab-kitab
pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan menggunakan kitab.
Inilah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang yang mempunyai daya
ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran Tuk kenali telah menarik ramai
pelajar Islam dari serata ceruk semenanjung. Antara mereka ini ada yang
telahpun mempunyai kematangan dalam pengetahuan Agama islam datang untuk
mengenal wajah dan mengikuti sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk
Kenali. Antara mereka ada yang datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga
atau empat tahun seterusnya. Ini bergantung kepada keadaan
masing-masing, sebab di antara mereka ada yang sudahpun bekerja sebagai
guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk meminta Tuk Kenali membaca
kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di mana si peminatnya sendiri
yang akan disuruh membacanya di hadapan kumpulan pelajar-pelajar.
Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan memberi kefahaman dan
mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi peluang-peluang bertanya.
Menghembus Nafas Terakhir
Setelah kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali
pun dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M,
berikutan suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh”
keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk
kenali antara lain berbunyi; “ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang
meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi
raaji’uun:.
“Hari wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada
2,500 orang dan disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan
disembahyang jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi
Ta’ala.
Tuk Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang
terkenal dengan nama Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh,
Kota Bharu, tidak jauh dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh
Duli yang maha Mulia Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli
Yang mulia Sultan Ismail Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya
bekas murid-murid beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh
pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.
Jawatan-jawatan Tok Kenali
Tuk kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan
terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan
timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan
jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:
1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).
2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama.
Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku
teks.
3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi
Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen
senaskah).
4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.
6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.
7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.
8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).
9.0 Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali
Selain daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam
lapangan-lapangan yang berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan
islam. Datu Paduka menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail)
dengan nasihat beliau telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat
istiadat melayu kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini
adalah satu jasa yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
Semasa hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis
Agama islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih
untuk menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini
dikeluarkan berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar,
diterbitkan setia hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan
majalah ini juga adalah daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.
Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam
kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab
at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat
ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir
Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat
dikesan sehingga sekarang.
Juga tidak dapat dilupakan bahawa
majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di mana ketua Pengarang dan
penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin Ismail (Datuk Lela
negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan fikiran-fikiran yang
berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan ini diterbitkan tiga
kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu didatangi oleh Tuk kenali
danaa merupakan salah satu tempat beliau membaca surat-surat khabar dan
majalah dewasa itu.
Tuk kenali adalah seorang pencinta ilmu
pengetahuan. Hal ini ternyata sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau
juga pernah menyimpan sebuah buku cetera Raja Muda . salah sebuah buku
sejarah kelantan yang penting. Buku ini kemudiannya telah diberikan
kepada pengaranag buku Hikayat Seri kelantan.
- dalam kegiatan
kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan
umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan
semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat
[Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat.
Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di
tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku
Petra Semarak , Kota Bharu.
Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu
Sistem persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa
hayatnya ialah sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan
pelajaran yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada
pengajian peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari
secara berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) .
Manakala pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah
bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak.
Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang
datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja
dan lain-lain.
Guru-guru pondok lepasan kenali inilah
kemudiannya tersebar keseluruhan rantau ini di mana mereka menghidupkan
pula sistem pondok.
Adalah agak luar biasa, di samping
menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali sebagai pencinta ilmu, tidaaklah
menghalang wujudnya sistem persekolahan.
Tertubuhnya Agama
islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun
mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan ,
adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5
Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu
yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah
Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan
pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.
Jadi, Tuk
Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah memainkan
peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah ini lebih
dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.
Kemudian pada
tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis dengan
nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama Majlis
tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”, manakala sekolah
yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah aliran
melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab sesudah
dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang ( sebagai
ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )
Keberkatan usaha
beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka sekolah
arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353). Demikian
juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di Pulau
Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok (sistem
pondok).
Di samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai
pendorong pembukaan sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini
seperti Sekolah Melayu Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan
lain-lain. Beliau tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti
ini selagi pelajaran yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam
yang suci.
Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan
Sewaktu
melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar
sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk
kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau
tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan
politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya
dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling.
Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran
melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu,
tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu
apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah
jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati
syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada
yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah
senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman
76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).
Allahwullam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan