Sesetengah individu dilahirkan dengan
personaliti yang menarik. Mereka menerapnya daripada susur galur
keturunan terutama pendidikan orang tua, dan memperolehinya melalui
pengalaman. Ada juga yang perlu membentuk personaliti agar lebih
menarik.
Personaliti yang baik di tempat kerja,
amat penting terutama jika nada diberikan beban tugas yang berat dan
perlukan komunikasi dengan banyak pihak. Apatah lagi jika kerja anda
perlukan banyak melakukan pembentangan kertas kerja.
Memikul tanggung jawab baru, memiliki
rakan sejawat yang sukar dikendali atau berdepan dengan situasi yang
sukar boleh mengganggu kerja dan prestasi. Sedangkan setiap saat anda
sudah tentu mahu lakukan perkara yang terbaik buat diri anda.
Ada lima cara mengurangi rasa rendah diri dan melalui hari-hari yang lebih meyakinkan di tempat kerja:
Atasi kegagalan.
Jangan dibayangi kesilapan masa lalu atau menyesalinya. Thomas Edison, yang pernah mencipta mentol lampu, pernah memberitahu rakannya, “Walaupun menemui 1,200 material yang tidak berkesan, saya menganggap diri saya tidak pernah gagal.” Kegagalan bukanlah kesalahan sebaliknya satu pengalaman yang perlu ditempuh mana-mana individu agar menjadi pengajaran dan lebih bersedia pada masa hadapan.

Bukan semuanya mengenai diri anda.
Menurut Roger Elliott, seorang motivator dan pengendali laman web kerap mengendalikan kursus membina keyakinan diri, “Kurang keyakinan diri disebabkan oleh faktor terlalu banyak penumpuan terhadap diri sendiri.” Kebanyakkan individu yang yakin pada diri sendiri adalah individu yang kurang memberi perhatian terhadap diri mereka. Jika anda membuat perbentangan atau ucapan di khalayak ramai, penumpuan terhadap diri sendiri, seperti adakah suara anda didengari atau adakah anda kelihatan menarik. Anda menjadi lebih yakin dan lebih produktif jika anda berhenti daripada asyik memikirkan tentang diri anda atau, memikirkan perkara-perkara yang tidak elok yang bakal terjadi.

Lakukannya biarpun terpaksa berlakon.
Terapkan bahasa postur dan tubuh badan yang meyakinkan. Berjalan dengan menegak, senyum dan lakukan interaksi mata. Selalu muncul dalam keadaan penuh percaya diri dan terkawal. Gantikan perasaan ragu-ragu dan pandangan negatif kepada ungkapan: “Saya boleh lakukan ini!”. Yakinkan diri bahawa anda seorang yang yakin diri, secara tidak sengaja adab ini akan menjadi amalan anda yang secara tidak langsung membuat anda menjadi lebih yakin. Tanpa disedari, imej diri anda akan cepat menangkap aksi ini dan anda tidak lagi perlu hidup berpura-pura.

Sentiasa bertenang.
Mereka yang cuba membina rasa yakin diri yang tinggi tetapi masih merasa tertekan, kerap berakhir dengan menjadi agresif. Untuk menenangkan hati, lakukan aktiviti yang kena dengan minat dan menyenangkan hati anda seperti cara yang berkesan dengan melakukan yoga ataupun jika ia tidak sesuai, bernafas secara dalam serta bayangkan anda berada di tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik dan katakan: “Anda mempunyai kekuatan, visi dan matlamat.”

Raikan kejayaan.
Jika anda tidak memberikan penghargaan untuk diri anda, apatah lagi orang lain. Ambil sedikit masa untuk menghargai diri sendiri. Hal ini bukan sahaja baik untuk anda, tetapi membantu membentuk sebuah fikiran yang tajam dan membuat ingatan anda sentiasa inginkan peningkatan untuk menaikkan lagi tahap keyakinan anda dan mengatasi krisis rendah diri yang anda hadapi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan