Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM)
mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian
awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang
yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.
SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU
MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem
metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai
rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana
tenaga alam iaitu BIRU MUDA tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat
kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan
kemudian warna KUNING menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau
terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit
perut ceria tak?
ASAR
Kemudian warna alam akan berubah
kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna
pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya
kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan
roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu
asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna MERAH dan di waktu
ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di
luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada
waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu
ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan)
berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu
Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan
tulang.
ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah
ke warna INDIGO dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini
menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya
bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan
Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh
berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali
dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya
bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan
hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam
Islam ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas
perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem
tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur
kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu
kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas
hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana
Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali
bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba
mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan,
sedangkan solatnya entah ke mana…???
Jadi,marilah
sama-sama kita menjaga waktu solat yang sememangnya jelas memberi impak
terhadap kesihatan tubuh badan kita. Peringatan untuk diri sendiri dan
semua kawan-kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan