Ahad, 7 Ogos 2011
Hijrah Diri Melalui Ramadhan Al-Mubarak
Ramadahan dtg dan Ramadhan pergi, namun ramai antara kita yg langsung tak berubah selepas sebulan berpuasa. Kenapa agaknya?
Antara punca tak berubah ialah:-
1. Tak fokus dalam menjalani ibadah ramadhan. Ibadah solat, haji, zakat dan syahadah, kita betul2 fokus. Tapi kita berpuasa dgn tak fokus ttg apa yg patut kita lakukan dan isi semasa berpuasa utk dpt kesan yg maksimum.
2. Ramai antara kita yg berpuasa ikut adat ie puasa org awam. Kita berpuasa dlm banyak kejahilan dan tidak di pimpin oleh ilmu. Banyak halal, haram, harus, makruh dan rukun dlm puasa yg kita masih samar2.
3. Puasa yg tidak bersepadu dan berpuasa tapi tak jaga solat, tak jaga lidah, mata, telinga dan anggota yg lain, tak jaga AURAT, bekerja sambil lewa, masih membazir, tak penuhi mlm dgn solat fardu berjemaah, solat terawih berjemaah, bertadarus al quran, tahajud, dsbnya.
4. Masih berkawan dgn org2 yg negatif.
5. Tak nampak keperluan utk benar2 berubah ke arah yg lebih cemerlang.
6. Gagal menarik hidayah Allah
7. Kurang berdoa utk dapat rahmat, maghfirah dan syurga Allah.
Moga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan yg signifikan ke arah hijrah diri yg di redhai Allah swt.
Wassalam...
Petikan oleh : Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan